Zara Foodstuff Industries Sdn. Bhd

Resipi

Kek Lapis Cap Kipas Udang

BAHAN-BAHAN

  • 300 gram tepung gandum
  • 300 gram mentega
  • 200 gram gula pasir
  • 15 gram OVALETTE
  • 120 gram tepung Hong Kong
  • 200 gram Sri Kaya Cap Kipas Udang
  • 8 biji telur ayam
  • Pewrna kuning dan hijau
  • 4 sudu besar Sri Kaya Cap Kipas Udang

 

CARA PENYEDIAAN

  • Pukul mentega dan masukkan 200gram Sri Kaya Cap Kipas Udang sehingga kembang dan berkrim.
  • Masukkan gula bersama-sama OVALETTE dan diadun selama 10 minit. Selang-selikan dengan memasukkan telur ayam.
  • Kemudian masukkan tepung gandum dan tepung Hong Kong bersama adunan mentega , gula dan digaul sehingga sebati.
  • Adunan dibahagikan kepada dua bahagian. Bahagian pertama dmasukkan warna kuning dan bahagian kedua dimasukkan warna hijau.
  • Dua senduk adunan hijau diratakan diatas Loyang dan dibakar menggunakan oven selama 8 minit dengan suhu 150’C.
  • Apabila lapisan pertama masak, sapukan Sri Kaya Cap Kipas Udang di atas lapisan pertama.
  • Kemudian, dua senduk adunan hijau diratakan di atas lapisan pertama yang telah disapu dengan Sri Kaya Cap Kipas Udang.
  • Bilangan lapisan adalah mengikut citarasa pengguna.
  • Lapisan terakhir akan dibakar pada suhu 130’C sehingga 20 minit atau sehingga warna lapisan terakhir bertukar keperangan.
  • Lapisan kek boleh juga menggunakan agar-agar atau ape saje bahan yang dirasakan molek