Zara Foodstuff Industries Sdn. Bhd

Aktiviti 2023

Muafakat membawa berkat. Kami di ZARA Foodstuff Industries percaya bahawa kejayaan sesuatu pekerjaan itu adalah hasil persefahaman dan kerjasama yang erat.

Kerjasama yang membawa maksud membantu antara satu sama lain dalam kumpulan yang melebihi daripada seorang. Ia juga disebut tolong-menolong, gotong-royong, berkongsi kesenangan dan kesusahan serta bermuafakat.

Bagi mencapai satu bentuk kerjasama yang baik dan persefahaman di dalam sesebuah organisasi, kami di ZARA Foodstuff Industries sering melakukan aktiviti yang melibatkan kakitangan mahupun bersama masyarakat bagi merapatkan ukhwah sesama manusia seperti mana yang ditekankan di dalam Islam, di mana Islam menganjurkan umatnya menyuburkan sikap kerjasama dan tolong-menolong dalam perkara kebaikan.

AIDIL ADHA 2023

IBADAH QURBAN SEBAGAI TANDA KESYUKURAN

فَصَلِّ لِرَبِّكَ وَانْحَرْ

Maksudnya: Maka tunaikanlah solat untuk Tuhan kamu dan lakukanlah sembelihan (sebagai bersyukur).
Surah al-Kauthar (2)

ALHAMDULILLAH. Program Ibadah Qurban 2023 | 10 Zulhijjah telah dijalankan pada Hari Raya Aidil Adha yang Pertama bersama-sama Kakitangan dan Pekerja ZARA Foodstuff & ZFI Marketing. 

Proses penyembelihan, pelapahan daging, pengagihan dilaksanakan di perkarangan bangunan ZARA. Antara penerima manafaat seperti Anak-anak Yatim dan Golongan Asnaf. Selain daripada itu, Ibadah korban yang dikerjakan pada Hari Raya Aidiladha pula adalah bagi umat Islam memperingati kisah pengorbanan Nabi Ibrahim a.s dan anaknya Nabi Ismail.

HARI RAYA AIDILFITRI 2023

MAJLIS PERJUMPAAN HARI RAYA & KELUARGA BAGI TAHUN 2023

Majlis Perjumpaan Hari Raya & Keluarga bagi tahun 2023 ZARA & ZFI telah di adakan pada 13 Mei 2023 bertempat di Bangunan Zara, Jalan Langkasuka, Kawasan Perindustrian Larkin, Johor Bahru, Johor.

Selain kakitangan Zara & ZFI serta keluarga, majlis perjumpaan ini turut di meriahkan dengan kehadiran Ahli Lembaga Pengarah beserta keluarga. 

Selain itu, majlis perjumpaan ini turut diraikan bersama anak-anak dari Rumah Anak-Anak Yatim Shafar.

Aidilfitri adalah bulan kemenangan bagi umat islam setelah sebulan berpuasa. Sesungguhnya rezeki yang paling manis adalah rezeki yang di kongsi bersama. 

RAMADAN 2023

KONGSI REZEKI - BUBUR LAMBUK ZARA

Pemberian bubur lambuk di hadapan Bangunan Zara sepanjang bulan Ramadan bermula dari 27 Mac 2023 sehingga 19 April 2023. Pengagihan bubur lambuk akan bermula dari jam 3:00 petang sehingga habis.

Setiap kakitangan dari ZARA FoodStuff & ZFI Marketing akan turut serta di mana setiap kakitangan akan bertugas mengikut jadual yang telah disediakan oleh pihak BKKS dalam menyediakan bubur dan mengedarkan kepada masyarakat setempat.

𝘙𝘦𝘻𝘦𝘬𝘪 𝘺𝘢𝘯𝘨 𝘱𝘢𝘭𝘪𝘯𝘨 𝘮𝘢𝘯𝘪𝘴 𝘢𝘥𝘢𝘭𝘢𝘩 𝘳𝘦𝘻𝘦𝘬𝘪 𝘺𝘢𝘯𝘨 𝘥𝘪 𝘬𝘰𝘯𝘨𝘴𝘪.