Zara Foodstuff Industries Sdn. Bhd
Program Lawatan 2024
Kami di Zara Foodstuff Industries Sdn. Bhd. sedia menerima permohonan daripada mana-mana agensi, sekolah mahupun universiti yang ingin membuat lawatan sambil belajar ke kilang kami. Permohonan boleh dibuat selewat-lewatnya satu (1) bulan sebelum dari tarikh yang dirancang.
Permohonan boleh di hantar ke email kami iaitu admin@zarafood.com.my beserta surat rasmi permohonan.
Program Lawatan
Al Fath Junior High School Cirendeu Tengerang Selatan Indonesia
21 Mei 2024 (Selasa) – Zara Foodstuff Industries Sdn. Bhd. berbesar hati menerima kunjungan daripada Al Fath Junior High School Cirendeu Tengerang Selatan Indonesia.
Seramai 35 orang peserta termasuk guru pengiring telah mengikuti lawatan sambil belajar ini.
Selain pengenalan produk-produk di bawah jenama Cap Kipas Udang, para peserta turut berkesempatan untuk melihat dengan lebih dekat cara pemprosesan produk-produk Cap Kipas Udang.
Semoga program ini dapat menambah ilmu bermanfaat kepada para peserta.
Terima kasih di ucapkan dari kami di Zara Foodstuff Industries di atas kunjungan ini.