Zara Foodstuff Industries Sdn. Bhd
Latar Belakang
ZARA FOODSTUFF SDN. BHD.
Dalam tempoh yang singkat, ZARA Foodstuff sdn. Bhd. telah mengukuhkan Jenamanya iaitu Jenama Cap Kipas Udang sebagai pengeluar produk makanan terkemuka. Memulakan operasinya pada tahun 1987, pada ketika para pengilang sedang megharungi tempoh kemelesetan ekonomi, namun ianya tidak menjejaskan ZARA Foodstuff untuk terus maju ke hadapan. Antara produk menjadi pemacu ZARA Foodstuff untuk terus berkembang adalah Kicap Manis dan Kicap Masin.
Pada tahun 2006, ZARA Foodstuff Industries telah berpindah ke kilang baharu, yang mempunyai kemudahan pembuatan termaju dan berteknologi terkini yang terletak di Kawasan Perindustrian Larkin, Johor Bahru, Malaysia. Sehingga ke hari ini ZARA Foodstuff telah mengeluarkan lebih daripada 10 produk antaranya Kicap Soya Manis, Kicap Soya Masin, Kicap Cair Manis, Sos Cili, Sos Tomato, Sos Manis Sedap, Sos Manis Junior, Sri Kaya, Sri Kaya Junior, Sri Kaya Perisa Epal, Taucu Masin, Taucu Manis, Taucu Pedas, Sos Perasa dan Sos Perasa Lemon (Lemon Seasoning).
ZFI MARKETING SDN. BHD.
ZFI Marketing Sdn Bhd telah ditubuhkan pada tahun 1996, sebagai agen jualan dan pemasaran bagi Zara Foodstuff Industries. ZFI Marketing bertindak memastikan produk jenama Cap Kipas Udang mudah didapati serta menembusi pasaran tempatan dan luar negara secara sistematik.
Penubuhan cawangan-cawangan di lokasi yang strategik merupakan salah satu usaha ZFI Marketing dalam memberikan perkhidmatan yang terbaik untuk para pelanggan yang terdiri daripada korporat, ejen, pemborong, pasar raya serta peruncit seluruh Malaysia.
Selain itu, dalam memastikan produk senantiasa berada di dalam pasaran, kempen pengiklanan dan promosi yang agresif telah dilaksanakan secara konsisten.
Kejayaan Kicap Cap Kipas Udang adalah terbukti perancangan pemasaran yang strategik dan dedikasi dari kakitangan jualan dan pemasaran kami dan ianya merupakan matlamat kami dalam penubuhan ZFI Marketing.