Penentuan Kualiti

Menghargai kehendak dan hasrat pihak yang berkepentingan dengan mengeluarkan dan membangunkan produk berkualiti & selamat

Zara Foodstuff Industries Sdn. Bhd

Kualiti

Penekanan Kualiti dan Sijil

Kualiti, Premium & HALAL

Pihak ZARA Foodstuff Industries amat mementingkan aspek kualiti dan halal dimana terdapat 9 kali kawalan kualiti dilakukan sebelum produk kami dibenarkan untuk dipasarkan.

Kami mempunyai beberapa pasukan di bawah Pegawai Penentuan Kualiti dan Pegawai Teknologi Makanan bagi mengeluarkan produk yang terbaik, halal, bersih dan berkualiti tinggi

Pengiktirafan ISO 9001: 2015 oleh SIRIM QAS

Pegiktirafan Halal oleh Jabatan Kemajuan Islam Malaysia.

Dianugerahkan MeSTI

Polisi Kualiti

Menghargai kehendak dan hasrat pihak yang berkepentingan dengan mengeluarkan dan membangunkan produk berkualiti & selamat melalui penyelidikan serta peningkatan Sistem Pengurusan Kualiti dan Keselamatan Makanan bertaraf dunia secara berkesan dan berterusan dengan mematuhi undang-undang dan peraturan yang berkaitan.

Ujian Brix (Brix Test)

Skala brix biasanya digunakan untuk mengukur kandungan gula terlarut dalam larutan berair dalam produk yang dihasilkan.

Ujian pH (pH Test)

Pemantauan tahap pH semasa proses pengeluaran makanan adalah langkah penting dalam penghasilan makanan berkualiti tinggi. Tahap pH yang betul bukan sahaja menjejaskan rupa, rasa dan kualiti produk makanan, tetapi juga mengekalkan tahap pH yang betul adalah isu keselamatan makanan.

Ujian Kelikatan (Viscosity Test)

Pengukuran kelikatan digunakan untuk memaksimumkan kecekapan pengeluaran dan keberkesanan kos. Kelikatan juga merupakan ciri tekstur makanan. Kelikatan produk mesti diukur dan dipantau semasa pengeluaran untuk memastikan setiap kumpulan pengeluaran produk adalah konsisten dan berkualiti.

Ujian Nitrogen (Nitrogen Test)

Jumlah kandungan nitrogen sampel makanan ditentukan menggunakan alat pembakaran yang beroperasi pada prinsip Dumas. Nitrogen adalah komponen penting dalam pemeliharaan, pengangkutan, dan kawalan kualiti produk makanan segar dan ia harus diuji secara berkala.

FREE SALE

Produk Cap Kipas Udang telah mendapat Sijil Penjualan Bebas untuk pengedaran di Brunei, Singapura, United Kingdom dan Kanada.

3-MCPD FREE

Pemeriksaan setiap 6 bulan atas kandungan 3-MCPD di dalam produk.

Soalan - Soalan Lazim

Anda Tanya, Kami Jawab!

Apakah kelebihan produk kami berbanding produk lain?

Syarikat kami mementingkan aspek kualiti bagi setiap produk yang dihasilkan. Justeru itu, kami mempunyai makmal analisa serta ahli teknologi makanan yang berupaya menganalisis sampel bagi memastikan kualiti produk kami terjamin.

Produk kami juga dianugerahkan MS ISO 9001:2015 Sistem Kualiti Pengurusan, sijil Halal, sijil MeSTI dan mematuhi Akta Makanan 1983 dan Peraturan Makanan Malaysia 1985. Kami juga sedang menuju untuk memperoleh sijil HACCP di masa akan datang.

Mengapakah Kicap soya berwarna hitam?

Ini adalah hasil daripada “browning effect” yang terjadi disebabkan oleh tindak balas asid amino(protin) dan gula pengurang. Kicap soya sebenarnya di dalam keadaan baik tetapi telah teroksida dan menyebabkan warnanya bertukar menjadi gelap sedikit. Selain itu penambahan karamel juga menyumbang kepada warna gelap kicap soya selain memberi konsistensi yang diperlukan.

Dari manakah sumber bahan mentah diperolehi?

Produk berkualiti terhasil daripada bahan mentah yang berkualiti. Hanya bahan mentah yang terbaik menjadi pilihan kami di mana ia diimport dari dalam dan luar negara. Ini termasuklah kacang soya yang berkualiti tinggi yang diimport dari Kanada.

Apakah kriteria diperlukan untuk mengetahui sesuatu kicap soya itu berkualiti tinggi ?

Kualiti kicap soya ditentukan oleh peratusan protein atau kandungan keseluruhan Nitrogen. Minimum kandungan peratusan Nitrogen adalah 0.6% atau protin (0.6 x 6.25 =3.75%).

Pihak kami sentiasa memperoleh keputusan melebihi kadar minimum yang ditetapkan oleh Peraturan Makanan Malaysia 1985.

Sijil Pengesahan

  • Sijil Pengesahan Halal dari Jabatan Agama Islam Negeri Johor
  • Sijil Analisis dari Analytical Biochemistry Research Centre (ABr-C)