Bahan-Bahan
– 3 Sudu Kicap Sayur Manis CAP KIPAS UDANG
– 3 Sudu Madu @ Gula Perang
– 1 Ulas Bawang Putih – dicincang 1/2 Inci Halia
– 6 Ekor Udang – sederhana besar
– Sedikit perahan jus lemon
– Daun Bawang untuk hiasan
Cara Penyediaan
1. Tumiskan bawang putih, halia sehingga naik bau.
2. Masukkan Kicap Sayur Manis CAP KIPAS UDANG, madu dan gula perang dan biarkan selama 10 minit sehingga ia menjadi pekat.
3. Setelah ia pekat biarkan ia sejuk.
4. Ambil udang yang telah dibuang kulit tadi, sapukan sos tadi ke atas udang dan panggang diatas bara selama 2 minit.
5. Setelah masak alihkan ke atas pinggan dan sedia untuk dimakan
Siap untuk di hidangkan! Cepat, Mudah & Sedap!!!