Zara Foodstuff Industries Sdn. Bhd

Resipi

SOYA JELLY PENNE

Bahan-bahan (soya jelly penne)

  • 400g air
  • 100ml Kicap lemak manis CAP KIPAS UDANG
  • 15g serbuk agar-agar

Bahan- bahan ( telur goreng dan udang)

  • 8 ekor udang harimau
  • 2 biji telur
  • 2 biji cili merah (dihiris)
  • 2 biji bawang putih (dihiris)
  • 1 biji halia
  • 2 biji bawang besar (dihiris)
  • 2 biji limau

Cara penyediaan (Soya jelly penne)

  • Campurkan air dan kicap soya manis CAP KIPAS UDANG kedalam kuali dan renehkan. Larutkan serbuk agar-agar dan kacau sebati. Biarkan ia sejuk sehingga mencapai suhu kira-kira 50°C.
  • Rendam batang rod ke dalam larutan agar-agar selama 3 saat
  • Angkat dan biarkan larutan menyejuk di batang rod
  • Dengan perlahan keluarkan agar-agar yang mengeras tadi dan potongkan ia menjadi bentuk penne

Cara penyediaan (Udang dan telur goreng)

  • Tumiskan bawang putih, halia dan bawang merah sehinga berwarna perang dan naik baunya. Masukkan udang dan panaskan lagi 3 minit
  • Pecahkan telur dan gaul bersama udang tadi. Kacau sehingga sebati

Tambahkan jus limau, lada merah dan bawang besar untuk menambah rasa.