Zara Foodstuff Industries Sdn. Bhd

Resipi

Udang Sweet Sour Panahan Asmara

Bahan – Bahan

  • 5-6 ekor udang saiz besar
  • 3 sudu besar minyak
  • 2 sudu kecil cili kisar
  • 4 sudu besar Sos Manis Sedap HABHAL’S Cap Kipas Udang
  • 1 sudu besar sos tomato
  • nenas (dipotong dadu)
  • 1 biji bawang besar (potong bulat)
  • daun bawang
  • 1 sudu besar sos ikan

Bahan hiris halus

  • 2 ulas bawang putih
  • 2 ulas bawang merah
  • 2cm halia

Cara Memasak

  • Panaskan minyak, goreng udang separuh masak, angkat dan asingkan.
  • Dalam minyak yang sama, tumis bahan hiris halus sehingga wangi. Kemudian masukkan cili kasar dan tumis sehingga pecah minyak dan masukkan Sos Manis Sedap HABHAL’S Cap Kipas Udang, sos tomato, sos ikan dan sedikit air. Kacau sebati sehingga mendidih.
  • Masukkan udang, nenas dan bawang besar. Masak seketika, angkat dan hiaskan dengan daun bawang.
  • Sedia untuk di hidang!