Zara Foodstuff Industries Sdn. Bhd

Program Lawatan

Kami di Zara Foodstuff Industries Sdn. Bhd. sedia menerima permohonan daripada mana-mana agensi, sekolah mahupun universiti yang ingin membuat lawatan sambil belajar ke kilang kami. Permohonan boleh dibuat selewat-lewatnya satu (1) bulan sebelum dari tarikh yang dirancang. 

Permohonan boleh di hantar ke email kami iaitu admin@zarafood.com.my beserta surat rasmi permohonan.

Program Lawatan

Koperasi Qristal Food Malaysia

Pada 24 Ogos 2023, Zara Foodstuff Industries telah menerima kunjungan dari Koperasi Qristal Food Malaysia. 

Lawatan ini memberi peluang kepada pihak Koperasi Qristal Food Malaysia untuk melihat sendiri pemprosessan kicap serta produk-produk keluaran Cap Kipas Udang dengan lebih dekat.

Semoga program ini dapat memberi manfaat untuk kedua-dua pihak dalam membuka peluang baru mahupun meningkatkan ekonomi  bumiputera serta negara. 

Program Lawatan Sekolah

Sek. Men. Keb. Taman Pelangi

Pada 12 Julai 2023, Zara Foodstuff Industri telah menerima kunjungan seramai 32 orang pelajar dari Sekolah Menengah Kebangsaan Taman Pelangi Johor Bahru, bersama dua orang guru pengiring menyertai program lawatan sambil belajar, dari jam 10.00 pagi hingga jam 12.30 tengahari.

Lawatan ini bertujuan untuk menambah ilmu pengetahuan bagaimana sesebuah organisasi menguruskan perniagaan. Pelajar juga didedahkan tentang proses  pembuatan produk, pelaksanaan, pembungkusan, penjenamaan, perancangan pemasaran, dan sebagainya.

Semoga program ini dapat menambah ilmu bermanfaat serta memupuk semangat keusahawanan, di samping memberi perangsang kepada mereka untuk memulakan platform dalam bidang akademik yang baik.

Program Lawatan Sekolah

Sek Keb Seri Bunian, Pontian Johor

Pada 1hb Febuari 2023, Zara Foodstuff Industries telah menerima kunjungan daripada para pelajar dan guru dari Sekolah Kebangsaan Seri Bunian, Pontian Johor. Seramai 38 orang pelajar berserta 6 orang guru pengiring telah mengikuti lawatan ini. 

Terima kasih di ucapkan dari kami di Zara Foodstuff Industries di atas kunjungan ini.